1/15/2015

Buku Antik - Hikayat Tanah Besar Melayu - Usia 100 Tahun Lebih.

HARGA TAWARAN : 20K (boleh nego)

 
Pengarang : Mahmud Ibnu Al-Marhum Syed Abdul Qadir Al-Hindi
Terbit & M/surat : 1894 / 707 hal.
Bahasa : Jawi

Kondisi buku :
Buku antik / langka usia 120 tahun. Bukunya agak lusuh.Berkulit tebal. Kulit depan ada sedikit bekas dimakan anai-anai. Begitu juga beberapa halaman di dalamnya. Helaian di dalamnya ada sedikit terlerai tapi masih baik. Warna kertasnya masih ok. Tak luntur sangat. Secara keseluruhannya masih baik lagi. Sangat bernilai kepada pengumpul tegar buku-buku lama.


***Untuk makluman, ini BUKU KAWAN SAYA. Saya cuma tolong jual sahaja. Jangan belasah saya kata harga buku ini mahal.  Harga ini kawan saya letak. Maybe dia fikir ini harga paling sesuai buat masa ini. boleh nego lagi.


Kenapa buku ini bernilai tinggi sehingga mencecah 20K?
 - Usianya yang sangat rare - 120 tahun. 
- Helaian dalamannya masih berkeadaan baik.
- Buku penting yang memperihalkan tentang asal bangsa Melayu.
- Buku penting yang memperihalkan tentang negeri-negeri di Tanah Melayu.
- Gambaran sebenar Tanah Melayu di abad ke 18. 100 tahun lampau.
- Mungkin buku seperti ini tiada lagi di pasaran.
- Rujukan penting kepada bangsa Melayu di masa akan datang.


Buku ni khas untuk PEMINAT TEGAR BUKU ANTIK, PEMINAT BARANG_BARANG LAMA, PIHAK-PIHAK BERWAJIB YANG BERKAITAN atau HARTAWAN YANG SUDI MELABUR UNTUK NILAI TERBAIK DIMASA HADAPAN.

Berminat, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.
017-2562143 - sham



































Kandungan :

Secara umumnya, buku ni dibahagi kepada beberapa fasal dalam beberapa bab.

Fasal 1: Asal Usul Bangsa Melayu
Fasal 2 : Kedatangan Orang Putih
Fasal 3 : Darihal Negeri- Negeri Tanah Besar Melayu
Fasal 4 :  Darihal Pulau Perak
Fasal 5 : Darihal Negeri-Negeri Orang Putih di Selat Melaka

Bab berikutnya ada ditulis berkaitan dengan Ilmu Peladang. Juga diterangkan sekali bab berkenaan  Ilmu Kira-Kira dan jawapannya sekali.


Untuk ulasan lanjut tentang buku ini, boleh lawati blog buku saya, kembarabuku.blogspot.com

1 ulasan:

EDDYELLY.com berkata...

Hello..have a great weekend :)